Sesiapa yang rajin menonton tv astro…pasti akan selalu lagu ini “live your with no regrets..life.life..life ..love your life.. “ lagu ini merupakan lagu tema untuk satu saluran tv… Baru-baru ini, seorang yang saya kenal telah pergi meninggalkan keluarga dan kawan-kawannya..Ketika saya mendapat tahu berita tersebut, saya tiba-tiba berfikir sekiranya ditakdirkan dalam usia yang begitu muda sudah pergi meninggalkan semua yang ada di dunia, masih banyak lagi perkara yang belum di terokai, banyak lagi tempat-tempat yang menarik belum dilawati, banyak lagi makanan yang belum di cuba, mungkin belum lagi cukup menunjukkan rasa sayang dan penghargaan kita pada ibubapa, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan dan jiran-jiran… Life is short…so enjoy your life....love your life…